Thursday, 11 August 2016

SABUN PEWIIT VS JERAWAT VS PARUT

Bukan untuk menjual tetapi lebih kepada sekadar berkongsi ^_^

Ramai sekarang yang meragui produk penjagaan muka jenama tempatan kerana keraguan isi kandungannya walaupun ada KKM etc. Tapi ada satu produk tempatan yang aku percaya dan sampai sekarang guna. Tak terfikir lagi nak tukar ke produk lain..hehe

Pernah melalui zaman muka berjerawat teruk dan berparut. Aku ambil keputusan guna sabun muka ja sebab aku rasa cream muka siang dan malam (salah satu set muka lengkap jenama tempatan) terutamanya, menipiskan kulit muka aku, rasa tak best okay. So, NO night cream, NO day cream (change to Maybelline BB Cream, safer)

TADAAA...ni lah kesayangan aku sekarang (PEWIIT SOAP), walaupun kesan dia agak lambat pada aku tapi seronok okay guna sebab rasa selamat sangat sabun ni. Tak rasa pedih, tak rasa penipisan kulit etc.

Awal-awal penggunaan mungkin naik jerawat kecil bagi sesetengah individu macam aku sebab salah guna produk kan sebelum ni. Jangan runsing sebab ni lah kita panggil DETOK MUKA. Bahan-bahan tradisional macam kulit kayu manis tu keluarkan balik kimia-kimia tidak baik dalam muka kita sebelum ni.



Sekarang dah masuk kotak ke 5 dan akan berterusan dengan kotak-kotak yang seterusnya.
Kulit muka aku kembali seperti asal, tak rasa dah kulit nipis dan pedih. 
Parut jerawat pon semakin berkurang.
Blackhead dan Whitehead pon berkurang.
Muka rasa lincin ja sebab takda jerawat pasir ka apa.
Muka dan hidung pon dah tak rasa gatal kalau makan seafood.





Ni sabunnya, aku kerat 8 untuk 1-2 bulan penggunaan. Ikut penggunaan korang lah sebab
sabun pewiit ni boleh guna sampai 5 kali sehari tau, tanpa rasa pedih dan lain-lain.
Punya lah semula jadi dan selamat sabun ni.

Kandungan utama PEWIIT SOAP:
-kulit kayu manis
-bunga cengkih
-vitamin C
-collagen


*tidak semua produk penjagaan kulit muka jenama tempatan merbahaya


Wednesday, 3 August 2016

RESEPI SAMYANG SPICY RAMEN + CHEESE!!!!



Semenjak dua menjak ni ramai rakyat Malaysia dah addict kat satu maggi ni. OPPS!!depa panggil RAMEN okay sebab dari korea kan. Sebenarnya, cabaran ramen jenama Samyang ni dah ramai orang negara luar buat termasuk orang korea, sebab tahap kepedasan ramen ni bukan biasa biasa okay.huhu

Tapi depend lah kat seseorang boleh layan ka tidak kepedasan tu. Sebab dah ramai orang Malaysia cuba aku pon terjebak nak cuba ! Bagi aku memang pedas ngat-ngat lepas lama-lama makan sampai ke kerongkong tapi SEDAP ok! Ketagihlah sampai repeat beli. Sekarang dah masuk paket ke 4 mungkin..hmmm..

Tapi bosan lah pulak asyik makan ramen kosong dan aku nak cuba kurangkan pedas ramen tu! Jadi aku try tambah cheese! terbukti kurang pedas sikit tapi memang tak hilang sangat pon pedas ramen tu. STILL PEDAS



1) Tau korang teruja nak cuba dan buat cabaran Samyang ni!hahah. Sama ja dengan perangai aku, tunggu dengan penuh kesabaran okay sebab aku order online. TAPI TAPI INGAT Periksa ramen Samyang yang korang beli tu, pastikan ada cop HALAL dari Korea dan packaging yang betul. Ada ja kes lepas pos dapat packaging lain! so hati-hati okay korang. 

Satu lagi yang heboh isu haram Samyang ni Tak Halal sebab percampuran mesin bla bla apa tahhh. Banyak dah keterangan dan bukti dari JAKIM & Korea Muslim Federation Halal Commitee. Jadi aku nasihatkan korang yakin dengan depa sebab depa orang-orang profesional! sikit-sikit percaya Facebook lah apa lah yang tah sumber dari mana. Tapi kalau tak yakin jugak hampa tak yah makan lah sebab jatuh SHUBHAH dan tak payah gatai nak hasut orang lain yang yakin nak cuba makan Ramen ni ok ^_^

Sepaket ni aku beli harga RM7. Hati-hati kalau-kalau ada yang jual murah sangat, takut-takut tak halal. Mintak tengok dulu packaging Samyang ni dan kalau ada cop Halal baru lah beli ^_^





2) Jom Masak-Masak 

Macam masak maggi biasa ja guna air panas, tak letak atas api pon takpa tapi sebab bosan selama ni kat asrama asyik guna magkuk plastik ja, so hari ni aku masak ala-ala betul sikit.haha



Lepas ramen dah lembut tapis ramen sehingga kering, tak syok kalau berair nanti. Ingat ya, tapis cepat-cepat ramen yang masih panas sebab nak boh cheese ^_^




Masa ni tak guna api dapur dah tau.Ok, ni lah killer dia! lupa nak bagi tahu, ramen korea ni 2x ganda lagi besar dari maggi biasa yang kita selalu makan tu. Jadi ramen dia banyak dan sos dia pon banyak! Sebab nak boh cheese aku letak semua sos dia baru kaw! Kacau sampai sebati.



Bab ni aku suka, boh cheese banyak-banyak!yummy. Pastikan boh masa ramen tengah panas-panas lagi dan kacau ramen sampai cheese cair. Aku guna cheddarcheese, boleh dapat kat Tesco jenama Beqa ni, RM14.90/sebungkus.

  

Penutup dia, tabur kriuk kriuk. Ala-ala bawang goreng mee sedap tu lahh..hahah tapi yang ni seaweed(rumpai laut) dan sesame seeds(biji bijan). Boleh tahan dan sedap bagi aku kalau tambah cheese ni sebab kurang pedas tapi masih tak hilang rasa kepedasan asli Samyang ni.

Ada juga resepi yang tambah susu,cheese,sosej apa lah tapi aku tak pernah cuba pulak sebab takut dengar susu tu.kalau tak sedap rugi okay sebab satu paket kecik ni dah RM7!DUIT-DUIT.




Terakhir dia, saja nak tunjuk magkuk tu.hahah Jenuh nak menyental, memang merah nau!